Feb 5, 2012

sebulan


Bawak budak kecik ni pegi cucuk hepatitis b.
dah sebulan dah anak mummy ni..sekejap je masa berlalu..

tapi kalau dia meraung aku plak yang meroyan bila la nak besar budak ni!!!

1 month:
fira dah pandai senyum (menangis memang dah lama pandai)
kalau menangis,dukung letak kat bahu tepuk sikit2 nanti diam.tapi diam sekejap je..

fira suka tidur mengiring.penat tegakkan,nanti senget balik..takpe la nak,asalkan ko selesa

tak kisah hisap susu dalam botol(tiba2 teringat tajuk cerita anu dalam botol), tak kisah hisap puting..tapi mula2 tu amik masa sikit sebab fira macam merasa dulu puting tu,lepas tu bila dah ok terus hisap laju2..hehe

suka sangat nak hisap jari,geget nanti baru tau

update aku plak:
ayam dah boleh makan,daging pun dah boleh..telur tak boleh lagi.seafood tak berani nak try..

kadang2 curi minum air sejuk..hehe.tapi tak berani buat selalu..

ok,budak kecik dah start menangis dah..




Jan 30, 2012

ruam panas

budak yang ada ruam panas.
gunala ubat sapu untuk hilangkan ruam

tapi rasanya aku dah set up kan baik punya,tak panas..tak sejuk sangat..
tapi ruam ni tetap ada.

kesian fira..




Jan 21, 2012

Perlu makan/minum dalam masa 1 ari lepas abis pantang!!!

14 feb hari yang ditunggu-tunggu.dah abis pantang.yeayyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

Nakkkkkkkkkkkkkkk:-

1.Prosperity burger (wajib makan ni!masa mengandung dapat makan sekali je,tu pun puas la pujuk en.somi sebab dia takut baby panas.last2 mengalah jugak sebab aku dah panazzz..hehe.harap-harap 14 feb nanti still ada lagi.pleaseeeeeee)
2. ABC(owhhhhhh,sedapnya ABCCCCCCCCCCCCCCC.m0tip C banyak-banyak ni nak menunjukkan betapa mengidamnya aku)
3. Cendol tepi jalan kat kajang tapi tak nak benda yang ijau2 tu.
4. Nasi lemak makcik tepi jalan (sila jangan pikir bukan-bukan)
5. Nasi lemak budak lelaki yang ada jual burger jugak.burger dia pun nak jugak.
6. Sushi!!!!!!!!!!!!!!(owh sushi!!!!!!!!!)
7. maggi kari n maggi tomyam (dah 9 bulan aku tak makan maggi,agak2 otak dah jadi makin pandai tak sebab dah lama tak makan benda yang banyak MSG ni)
8. Air vanila coke letak ais banyak2
9. Air soda bandung letak ais lite2 jer
10. Buah dragon fruit.ada dalam fridge tinggal nak dipotong je.


ni je dulu.nanti-nanti tambah lagi senarai cukupkan 100.

Followers